Friday, June 14, 2019

Sejarah Bangsa Melayu Yang Sengaja Di Padam Penjajah








PERISTIWA YANG SENGAJA DIPADAM DARI SEJARAH BANGSA - oleh British

ALLAH SWT TA'ALA MENGATUR SEGALANYA
Negeri Kelantan telah menerima kedatangan dua orang Wali daripada keturunan Ahlul-bait iaitu Syed Hussein Jamadil Kubra dan Shaikh Tanauddin. Daripada keturunan inilah lahir Wali Songo (Wali 9) dan keturunan Nik/Wan di negeri Kelantan dan seluruh Asia tenggara.

Keturunan ini juga pengasas kepada kesultanan Melayu di Nusantara, termasuk Brunei dan di Selatan Filipina. Sejarah lengkap terlalu panjang, fokus kepada kerajaan Kelantan sahaja.

Seperti yang kita tahu, takdir telah menentukan keturunan Nabi Muhammad telah dizalimi, dibunuh dan mereka ini lari hingga ke India (wilayah Deccan). 7 orang daripada mereka telah belayar ke TIMUR (mereka ini Wali 7) untuk menyambung tugas-tugas dakwah pada masa itu.

2 orang daripada mereka belayar dan singgah di Kelantan. Syed Hussein Jamadil Kubra memulakan dakwah di Kelantan dan berkahwin dengan puteri raja Kelantan pada masa itu.

Hadis Ibnu Mas‘ud

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat ku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagai mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”

(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

Hubung-kait antara Kedah dan Kelantan - Permulaan Kerajaan Besar Semenanjung

Sayyid Hussein Jamadil Kubra

Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.

1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.

2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.

3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.

4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.

5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.

6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.

7. Beliau ketua Wali 7.

8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa.

WALI 7

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama 'Jiddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.

Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.

Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini 'tersorok' dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.

Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.

Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.

Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa.

Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu. Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput).

Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.

Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.

Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.

Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.

RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu. Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong


Puteri Saadong

Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.

Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.

Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.

Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.

Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.

BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak..
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat dan ahli-ahli kaji sejarah.

Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.

Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.

Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.

Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.

Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.

JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH

Pengenalan
•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.


Sejarah Awal Kelantan


•Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
•Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan
panggilan ‘Medang Kemulan’.
•Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
•Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’.


Kelantan Abad Ke 15

•Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam). •Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina. •Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465. •Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat. •Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah. •Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur. •Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur.

Kelahiran Cik Siti Wan Kembang

•Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu Raja Hussin.
•Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang. •Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun. •Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.



Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Tahun 1610, Raja Hussin mangkat. •Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja. •Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan. •Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur. •Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab. •Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’. •Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar. •Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14. •Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri. •Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka. •Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar. •Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya. •Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu; ~ Raja Adiluddin (Raja Loyar) ~ Raja Bahar (Raja Udang) ~ Raja Omar (Raja Ekok) ~ Raja Sungai ~ Puteri Sayu Bari ~ Puteri Unang Melor ~ Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal. •Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara. •Raja Omar sebagai Raja Muda. •Raja Sungai sebagai Temenggong. •Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya. •Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur. •Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik. •Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong. •Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat. •Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan. •Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya. •Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong. •Namun pinangan itu ditolak. •Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah. •Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. •Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin. •Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana. •Angkatan Siam mara pula ke Melor. •Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat. •Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang. •Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai. •Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku. •Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong. •Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak. •Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim. •Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong. •Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar

•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar. •Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran. •Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri. •Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok. •Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa. •Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu. •Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah; ~ Tuan Sulong (Long Sulong) ~ Tuan Senik (Long Senik) ~ Tuan Besar (Long Bahar) •Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah. •Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri. •Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat

•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun. •Baginda mangkat pada tahun 1721 •Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng. •Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag. •Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong

•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong. •Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’. •Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu. •Baginda memerintah 5 tahun sahaja. •Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah

•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil. •Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman. •Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal. •Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja. •Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang. •Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat. •Suasana itu kekal hingga ke hari ini.

Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan. •Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri. •Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik. •Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu. •Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.

Salasilah: Keturunan Sayyid Hussain Jamadil Kubra

Sayyid Hussain Jamadil Kubra adalah tokoh yang kerap disebut namanya ketika membicarakan tentang keturunan Nik dan Wan di kepulauan Melayu.

Salasilah beliau adalah Sayyid Hussain bin Sayyid Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin Sayyidina Hussain bin Sayyidah Fatimah al-Zahra binti Sayyidina Muhammad Rasulullah. Ini adalah berdasarkan salsilah Tok Pulau Manis

Ayahanda beliau Sayyid Ahmad Shah dikatakan adalah bekas Gabenor di dalam kerajaan Sultan Muhammad Tughlaq.

Sayyid Hussain Jamadil Kubra dikhabarkan tiba di Kelantan pada tahun 1349M bersama adinda beliau Sayyid Thana’ullah atau dikenali juga sebagai Shaykh Saman, anak murid kepada Imam Ibnu Hajar,

Menurut salasilah tersebut, Sayyid Hussain Jamadil Kubra mempunyai tiga orang putera iaitu Maulana Malik Ibrahim, Maulana Ibrahim Akbar dan Sayyid Ali Nurul Alam.

Dari keturunan Maulana Malik Ibrahim dan Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya para Wali Songo seperti Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Gunung Jati, Sunan Kalijaga, Sunan Giri, Sunan Darajat, Sunan Kudus dan Sunan Muria.

Saya tertarik juga dengan salasilah waliyullah Tok Pulau Manis di atas kerana disebut bahawa dari keturunan Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya Wan Demali, Wan Hussein Telok Manok, Wan Senik, Wan Biru dan lain-lain.

Salasilah Sayyid Hussain Jamadil Kubra yang pernah saya simpan mempunyai sedikit perbezaan dengan salasilah di atas.

Anda boleh juga melihat laman web tentang keturunan kesultanan Melayu di Kepulauan Melayu.

Misi Saiyid Hussien Jamaluddin Kubra di Nusantara. 11 Februari 2010 – 23:29

Peranan Kelantan (Kerajaan Langkasuka) sebagai pusat Majapahit Barat (atas deklarasi Mahapatih Gadjah Mada setelah Majapahit mengalahkan Siam pada tahun 1357) yang kemudian berkembang menjadi Empayar Chermin banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Nusantara.

Empayar Chermin adalah koalisi sementara antara Kerajaan Langkasuka dengan Kerajaan Champa (Vietnam) dan Kerajaan Samudera-Pasai (Aceh) yang dibentuk selepas tahun 1335 oleh Raja Langkasuka-Kelantan ketika itu yang bernama Raja Bharubhasa atau dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah setelah memeluk Islam melalui ulama dari Pasai.

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata.

Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Siti Wan Kembang) dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.

Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.

Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam)

Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.

Ke empat-empat isteri yang dikahwini Saiyid Hussein Jamadil Kubra itu ialah selepas tiap-tiap seorang daripadanya meninggal dunia.

Pada awal abad ke-14 Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra ke Tanah Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya Maulana Malik Ibrahim yang meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di Gerisek, Tuban.

Turut serta ialah dua orang anak Ibrahim Asmaro, iaitu Maulana Rahmatullah dan Maulana Ishak meninggalkan Champa dan kemudiannya berhijrah ke Patani Darussalam. Mungkin inilah pelayaran wali-wali dari Champa yang dikaitkan atau mempunyai hubungan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut di Kelantan. Masjid Kampung Laut adalah masjid yang tertua di Kelantan dan rekabentuk atapnya menyerupai rekabentuk atap Masjid Agung Demak.

Melalui firasat Saiyid Thana’uddin yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan Giri (juga guru kepada Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan gelaran Sang Adi Putra), Masjid Kampung Laut, Kelantan telah diramal akan mencetuskan kebangkitan Islam di Nusantara

Raja Empayar Chermin, Sultan Baki Syah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah telah menyusul bersama satu rombongan keluarga Diraja Kelantan menemui Bentara Majapahit Hayam Wuruk untuk memperbetulkan amalan Islam yang sudah bercampur baur dengan agama Buddha Shiva setelah Hayam Wuruk berkahwin dengan anak saudaranya Bidarawati (puteri Raja Champa). Beberapa orang mubaligh yang dibawanya kemudian meninggal dunia dan dimakamkan di Leran.

Sebagai membuka tirai dakwah Islam di Tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim muncul sebagai perintis atau pelopor yang memberi laluan kepada wali-wali yang datang kemudiannya. Dengan tidak ada perbezaan kasta dan darjat seruan dakwahnya lebih disenangi di kalangan kasta-kasta Vaisya dan Sudras. Banyaklah kalangan mereka yang datang untuk mendapat pengajian selok-belok mengenai agama Islam.

Kehilangan Maulana Malik Ibrahim diganti oleh anak saudaranya, Maulana Rahmatullah yang memakai gelaran Sunan Ampel. Jika Maulana Malik Ibrahim dianggap sebagai pencipta pondok (pesantren) yang pertama maka Maulana Rahmatullah adalah perancang negara Islam yang pertama di Tanah Jawa.

Maulana Ishak yang banyak membantu abangnya Sunan Ampel tidak ketinggalan meninggalkan jasanya. Daerah Balambangan hampir dibawanya tunduk di bawah Islam kalau tidak kerana perancangan mertuanya Raja Menak Sembayu yang bertekad hendak membunuhnya. Beliau akhirnya berhijrah ke Pasai (Aceh) dan Melaka merupakan destinasi yang terakhirnya.

Anaknya Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai pasak yang membawa tertegaknya Kerajaan Islam Demak. Sebagai markas gerakan dakwah yang pertama di Jawa, Giri juga memperlengkapkan gerakan mujahid yang tidak ada tolok bandingnya di samping mubaligh-mubaligh yang berkerja keras menyatukan Pulau Madura, Bawaen, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.

Walaupun kedatangan Raja Kemas Jiwa atau Sang Ajit Jaya Ningrat (putra kedua kepada Raja Chermin, Sultan Baki Syah) ke Jawa hanya semata-mata bermotifkan politik tetapi melalui ikatan perkahwinannya dengan Puteri Suhita (cucu Hayam Waruk), dia telah melembutkan hati Ratu Majapahit itu untuk menyerahkan Ampeldenta dan Gerisek menjadi sebahagian daripada wilayah Giri. Raja Kemas Jiwa memakai gelaran Sultan Iskander Syah Nenggiri apabila ditabalkan menjadi Sultan Kelantan setelah kematian abangnya Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri.

Semasa Sultan Iskander Syah Nenggiri menjadi Raja Kelantan dan bergelar Bentara Majapahit pada 1432 Masihi, baginda telah mengisytiharkan negeri Kelantan sebagai Majapahit II. Sampai ke hari ini keris kedaulatan negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit. Kerajaan Kelantan-Majapahit II ini lenyap setelah diserang oleh Empayar Melaka (dibawah Sultan Mahmud) pada tahun 1490 setelah Majapahit II lemah akibat peperangan dengan Siam sebelumnya.

Satu kejutan yang telah berlaku sehingga memutuskan nadi Kerajaan Hindu-Majapahit apabila Demak muncul sebagai Kerajaan Islam yang dicita-citakan. Desa Glagah Wangi bertukar wajah, Bintoro Demak mewujudkan ketandaan ‘rahmat’ apabila Raden Patah menjadi pemerintah bergelar Sultan Sri (Syah) Alam Akbar al-Fatah.

Penyebaran Islam di Jawa Tengah sebelah selatan, daerah yang sekarang dinamakan Surakarta dan Yogyakarta diterokai oleh seorang anak murid Sunan Kalijaga, Kiai Ageng Pandanarang atau disebut Sunan Tembayat.

Pemilihan Sunan Tembayat sebagai menggantikan tempat Syeik Siti Jenar (yang menerima hukuman bunuh oleh wali-wali kerana mendedahkan rahsia-rahsia ketuhanan) pada mulanya diragui oleh persidangan para wali kerana bekas Bupati Semarang ini ialah seorang yang kehidupannya dikelilingi kemewahan dunia malah tidak mempercayai Tuhan, tetapi kemudiannya menjadi seorang yang cukup patuh kepada ajaran agama Islam dan sangat alim.

Melalui anak-anak Ali Nurul Alam (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II) iaitu Wan Husein, Wan Bo dan Wan Demali, Kelantan sekali lagi telah meyumbangkan mubaligh-mubalighnya di dalam menyambung tugas-tugas Maulana Malik Ibrahim (bapa saudara mereka) dan membantu Sunan Ampel (sepupu mereka) di Gerisek dan Maulana Ishak di Pasai (Aceh).

Wan Husein dihantar ke Pulau Madura. Wan Bo ke Pasai (Aceh) dan Wan Demali ke kawasan Johor-Riau (Pulau Bentan). Dari sinilah Wan Demali mendapat jolokan Raja Laksamana Bentan.

Generasi Wan Bo (Syarif Abdullah) telah berjaya menegakkan dua buah Kerajaan Islam Banten dan Ceribon di mana anaknya Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati telah dapat menyempurnakan cita-cita datuknya Saiyid Hussein Jamadil Kubra.

Kejayaan para wali dalam perjuangan dakwah mereka mencapai tahap yang gilang gemilang di mana Indonesia lahir sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.

Turut mendukung di atas kejayaan ini ialah Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kudud dan Sunan Muria yang disenaraikan dalam kumpulan ‘Wali Songo’ manakala Sunan Prowoto, Sunan Dalem, Syeikh Sutabris (salah seorang guru Sunan Kalijaga) dan lain-lain lagi merupakan watak-watak sampingan yang peranan mereka juga tidak boleh dianggap sepi.

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa peranan Champa dan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu (Kelantan-Patani) dianggap begitu penting dalam penyebaran Islam di Nusantara khususnya di Indonesia.




Best Song Ever .....





ARTIKEL INI DI TAJA OLEH

Rahsia Kehidupan Sejati !!
Anda Pasti Teruja Bila Melihatnya !!



CERITA LANJUT





Sila Like jika anda suka artikel ini atau lontarkan comment anda

SEKIAN TERIMA KASIH !!

Thursday, June 13, 2019

Kenapa Islam Mengharamkan Babi / Khinzir ??










Babi adalah sejenis haiwan yang diharamkan di dalam Islam, dan pengharamannya adalah melalui dalil al quran iaitu dalil Qat'ie yang tidak boleh dipertikaikan dan di gazetkan dalam surah (Al-Baqarah : 173)

BABI: HIKMAH PENGHARAMANNYA

Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Ia juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan lebih mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Dalam al-Quran dinyatakan bahawa babi adalah najis yang haram jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga turut diharamkan dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent di kalangan penganut Kristian. Kajian tentang DNA babi mendapati bahawa struktur genetik babi adalah terhampir dengan struktur genetik manusia berbanding haiwan-haiwan lain.

PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI DAGING BABI

Dr Murad Hoffman, Daniel S.Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan penolong Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika Syarikat menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang boleh berpunca dari babi. Di antaranya:

*Anthrax *Ascaris suum *Botulism *Brucella suis *Cryptosporidiosis *Entamoeba polecki *Erysipelothrix shusiopathiae *Flavobacterium group IIb-like bacteria *Influenza *Leptospirosis *Pasteurella aerogenes *Pasteurella multocida *Pigbel *Rabies *Salmonella cholerae-suis *Salmonellosis *Sarcosporidiosis *Scabies *Streptococcus dysgalactiae (group L) *Streptococcus milleri *Streptococcus suis type 2 (group R) *Swine vesicular disease *Taenia solium *Trichinella spiralis *Yersinia enterocolitica *Yersinia pseudotuberculosis. (http://id.wikipedia.org/wiki/Babi)

MENGAPA BABI HARAM?

Islam melarang segala jenis darah. Analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan asid urik yang tinggi, suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesihatan manusia yang bersifat racun. Dengan kata lain, asid urik adalah sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawaan ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari asid urik dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Islam mempunyai peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu dengan menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat hirisan untuk memotong urat nadi leher haiwan, tanpa menjejaskan urat-urat dan organ-organ yang lain. Dengan cara ini, kematian haiwan adalah disebabkan kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana kecederaan pada organ asasnya. Jika organ-organ misalnya jantung, hati atau otak dirosakkan, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh asid urik, sehingga menjadikannya beracun. Kini, para ahli makanan telah mula menyedari akan perkara ini, Subhanallah.

Apakah kita tahu bahawa babi tidak dapat disembelih di leher? Ini kerana babi tidak memiliki leher. Bagi orang Islam beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Allah SWT akan menciptakan haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi adalah perumah (host) kepada berbagai macam parasit dan penyakit berbahaya. Sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan asid uriknya, sedangkan 98% bakinya kekal tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT dengan jelas telah MENGHARAMKAN babi di dalam ayat-ayat berikut:
a. Al-Baqarah 173
b. Al-Ma’idah 3
c. Al-An’am 145
d. An-Nahl 115


KEBURUKAN DAGING BABI

Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor. Ia suka memakan bangkai, kotorannya sendiri serta kotoran manusia. Ia sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi adalah haiwan yang pemalas dan tidak suka bekerja, tidak tahan terhadap panas terik matahari, tetapi makan dengan rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan yang paling rakus di antara spesies haiwan-haiwan jinak. Jika bertambah umurnya, ia menjadi semakin malas & lemah. Suka dengan sejenis dan tidak cemburu. (Petikan dari ‘Adaptive Physiology on Mammals and Birds’).

Pengguna daging babi sering mengeluh tentang bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tersebut disebabkan kerana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Babi juga memiliki lemak punggung yang sangat tebal. Pemakan babi sering memilih daging babi yang nipis lemak punggungnya, kerana semakin tipis lemak punggungnya, kualitinya dianggap lebih baik.

Babi adalah sejenis haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi haiwan2 lain. Ia makan semua makanan yang ada di hadapannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan semula isi perutnya dan memakannya semula, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahnya. Ia memakan semua yang mampu dimakan di hadapannya. termasuklah najis manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadangkala ia kencing pada najisnya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah satu-satunya haiwan mamalia yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah yang besar. Dalam waktu yang lama jika dibiarkan kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.

Penelitian ilmiah moden di dua negara Timur & Barat, iaitu China dan Sweden menyatakan bahawa daging babi merupakan penyebab utama kanser anus & kolon. Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti China dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo, Brazil.

Babi banyak mengandungi parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai reservoir (takungan) penyakit. Antara virus berbahaya berpunca dari babi adalah H1N1. Virus normal Al (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung kepada manusia. Virus Al mati dengan pemanasan 60C lebih-lebih lagi apabila dimasak sehingga mendidih. Apabila melibatkan babi, virus AI dapat melakukan mutasi & boleh berkembang sehingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini telah menyerang Hong Kong pada tahun 1968 dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).

Meskipun empuk dan kelihatan begitu enak dan lazat, daging babi adalah daging yang sangat susah untuk dihadamkan kerana ia mengandungi banyak lemak. Dagingnya ibaratnya racun, begitu juga kolesterol!

Pada tahun 2001, para doktor Amerika Syarikat berjaya mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang wanita, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah memakan hamburger (ham = babi). Wanita tersebut menegaskan bahawa dia merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi.

PENGHARAMAN BABI

Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, mahupun bahagian-bahagian yang lain. Ini dinyatakan dengan jelas melalui firman Allah SWT dalam ayat-ayat di atas.

Al-Quran menggunakan kata ‘lahma’ (daging) kerana sebahagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Quran menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya, tetapi keseluruhan tubuh babi.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli perubatan moden. Mereka mengatakan bahawa cacing tersebut mudah dihilangkan, bahkan dengan teknik masakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh luarbiasa kerana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT telah mengharamkan babi sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahawa peralatan masak moden telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menerima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahawa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahawa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung di dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Encephalitis (JE) di Malaysia suatu ketika dulu, telah kembali membuka mata. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun setakat ini manusia tetap nekad memakannya.

BABI DALAM DUNIA PERUBATAN MODEN

Bagi pengguna Muslim, babi adalah antara bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Namun, babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, kerana kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Penggunaan bahagian-bahagian babi dalam industri farmaseutikal ternyata cukup besar. Beberapa bahagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmaseutikal adalah sebagai berikut :

Kelenjar adrenalin babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pankreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh pancreas babi adalah insulin. Insulin digunakan ke atas pesakit-pesakit diabetes (kencing manis). Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia perubatan adalah insulin babi. Sebanyak 60 ribu ekor babi diperlukan untuk menghasilkan 1 paun insulin dari yang mampu merawat pengidap diabetes seramai 750-1000 orang selama setahun, jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih mahal sedikit, ternyata mendapat permintaan yang tinggi dari pesakit-pesakit Muslim untuk mengganti hormon insulin babi.

Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bahagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemui secara eksklusif pada dinding dalam usus halus babi. Heparin diklasifikasikan sebagai salah satu produk farmaseutikal yang penting.

Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberapa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian jantung babi yang digunakan pada manusia, ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahawa banyak kemiripan pada sistem penting antara manusia dan babi.

MENGAPA BABI HARAM UNTUK UMAT ISLAM?

Ada seorang ilmuwan bertanya kepada seorang Ulama mengenai babi:

Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat Muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

Ulama : Haramnya babi bukan kerana sebab itu saja. Tetapi ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam.

Ilmuwan : Apakah itu?

Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang diisi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi diisi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menekanya?

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!

Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama di mana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina, 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk merebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan : Pada kandang babi?

Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut-ikutan memakan babi, maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.

MENINGGALKAN LARANGAN TUHAN

Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.

Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat? Maka jawapannya adalah bahawa kerana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.

Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata kerana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak meminum arak bukan kerana sekadar memabukkan, tetapi semata-mata kerana mematuhi larangan Allah SWT. Menghindari zina bukan kerana takut terkena HIV, tetapi kerana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak memakan babi bukan kerana takut pada cacing pita, tetapi kerana Allah SWT sudah mengharamkannya.

Sebenarnya masih banyak lagi rahsia dan hikmah di balik larangan memakan babi. Namun semua itu sekadar menambahkan lagi keyakinan yang sudah ada di dalam diri kita. Ianya bukan sebagai landasan utama. Yang penting, kita meninggalkan tegahan Allah SWT untuk mencapai keredhaanNya.

Wallahua’lam.


Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Perkara Menarik & Unik Yang Hanya Ada Di Korea Utara Sahaja !!




Korea Utara adalah satu satunya negara komunis paling pelik dalam dunia . Tak taulah macam manalah agaknya rakyatnya hidup di sana. Kerana takutkan seorang manusia yg baru setahun jagung hidup d dunia, berjuta juta rakyatnya hidup tak serupa manusia normal yg tinggal di negara lain ...

Ayuh kita lihat apa yg pelik, apa yang lain & apa yang uniknya kehidupan di negara yang sangat di takuti oleh pok jib & donald trump ni ....



TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter

1) Potong Rambut Tak Bole Sebarangan ...
Hanya potongan rambut yang mengikut paten & stail yang diakui kerajaan sahaja di benarkan .
Kalau Engkar ... PENDEK UMOR .... Anda Mungkin Jadi makanan anjing jika rambut anda tidak mengikut stail yang di kehendaki !!





2 ) Pornografi Adalah D Larang Keras !!
Hukuman mati bagi sesiapa yang di tangkap kerana membaca atau menonton bahan bahan pornografi





3) Marijuana / Ganja adalah Legal & Di Benarkan Di Korea Utara
Ini adalah strategi Pemerintah Tertinggi bagi mengawal rakyatnya agar tiada kekuatan untuk melawan kerajaan. Marijuana & ganja sangat bagus digunakan bagi mengawal & melemahkan mental pengamalnya . Apabila mental lemah maka mereka akan kurang daya juang untuk melawan kerajaan . Marijuana mengkhayalkan sesiapa saja yg menggunakannya, maka segala kepedihan, keperitan & kemarahan penduduk korea utara akan hilang begitu sahaja setelah mereka menghisap ganja & marijuana ....





4) Seluar Jeans Adalah Di Larang D Korea Utara
Isap dadah bole, pakai seluar jeans tak boleh ... kah kah kah !!
Memang undang undang zaman batu aaa kat sini ...





5) Di Larang Bersiul Di Korea Utara
Bersiul di anggap tabu d korea utara, kalau budaya melayu bersiul di malam hari membawa malang, sial, juga bole memanggil ular .. wallah biwasat ... tapi mmg jarang org bersiul di mlm hari, mmg buang tabiat, kalau ada yang buat itu petanda hidup tinggal lagi 2 kali jumaat !!





6) Wanita Di Larang Menaiki Basikal, Membonceng Pun Di Larang !!
Kalau rasa umur tu dah panjang sangat cubalah try !!





7) Rakyat Di Larang Memiliki Kenderaan Seperti Kereta Atau Motosikal
Penduduk lelaki hanya bole memiliki & menaiki basikal ajer ..





8) Tiada Akses Internet Di Korea Utara
Tak dapat bayangkan kehidupan tanpa internet .... Memang hidup tak serupa orang lah agaknya ....



Untuk Internet, sangat sedikit warga Korea Utara yang memiliki akses untuk bisa online, kalaupun bisa, mereka hanya bisa membuka 28 website sahaja...Yup hanya 28 website yang dimiliki Korea Utara, seperti perusahaan asuransi, olahraga, dan website mengenai makanan & minuman

Untuk warga biasa mereka hanya bisa browsing ke 28 website tersebut, tapi kalau untuk pejabat elit Korea Utara, mereka bisa mengakses internet secara global.

Pada bulan april 2016, korea utara telah resmi memblokir facebook, youtube, dan twitter...dan siapa pun yang berusaha untuk tetap mencoba membuka website tersebut, maka akan dihukum dan di hukum mati.



9) Tidak boleh menulis menggunakan dakwat berwarna merah
Dakwat merah di Korea Utara hanya boleh digunakan untuk menulis nama-nama orang yang sudah meninggal dunia sahaja .




10) Rakyat Korea Utara Tidak Dibenarkan menggunakan Pisau
Jadi dalam kehidupan seharian mereka menggunakan gunting ..
Bhagal punya undang undang, betul - betul menyusahkan rakyat !!





11) Ada Pilihanraya, Tapi Hanya 1 Calon Saja Yang Bertanding Di Hari Mengundi
Kerana ketakutan yang melampau pada pemimpin no 1 korea utara, rata rata rakyat tidak berani mencabar kim jong un kerana takut di hukum oleh pemerintah atas alasan cuba memberontak & melawan kerajaan ...







12) Muzium Pelik Di Korea Utara
Muzium Mausoleum yang dibina dengan kos sebanyak $100 hingga $900 juta hanya untuk menempatkan mayat Kim Jong II hingga kini. Badan Kim Jong-il diawet dan dipelihara di dalam kubur kaca untuk sesiapa sahaja, termasuk pelancong luar melihat.





13) Bangunan 105 Tingkat -Hotel Ryugyong Yang Tak Pernah Siap
Hotel ini merupakan bangunan tertinggi ke-24 di dunia—dengan 3 ribu bilik yang tetap kosong.

Pembinaan hotel ini telah dibina sejak 1987 dan hingga kini masih tidak dapat disiapkan kerana keadaan kewangan yang tidk mencukupi.
Keadaan bangunan ini seperti roket dan kelihatan seperti ini dari dekat:





14) Tarikh lahir Kim Jong Un Tidak Boleh Diketahui
Pemimpin No.1 Korea Utara ini telah menganggap dirinya tuhan, so bila dah jadi tuhan memang tak der lah tarikh lahir ... tak ghitu ghoper nyer yop ?? Cass Ciss Cuss .... Orang kampung kau, bole lah kau tipu yop !!





15) Terlalu Obses Dengan Pemimpin
Pemimpin yang dah mati pun tetap di julang & d sembah setiap hari



Kemana-mana sahaja anda berada di Korea Utara pasti akan melihat gambar ini. Beberapa peraturan dan undang-undang telah ditetapkan berkenaan pemimpin mereka:

i. Setiap keluarga diberikan potrait gambar pemimpin mereka dan diberikan tuala khas untuk membersihkan gambar tersebut setiap pagi. Tuala lain tidak dibenarkan untuk mengelap gambar berkenaan. Akan ada spotchek secara mengejut di setiap rumah di Korea Utara.

ii. Jika anda berada di hadapan tugu pemimpin Korea Utara anda perlu tunduk dan meletakkan tangan di sisi bukan di belakang. Apabila mengambil gambar bersama tugu, gambar diambil mestila penuh bukan hanya sebahagian tugu. Anda tidak dibenarkan untuk mengambil sebahagian dari bahagian tugu sahaja.

iii. Jika anda membeli surat khabar dan mempunyai gambar pemimpin di dalamnya, anda tidak dibenarkan untuk melipat surat khabar berkenaan, apatah lagi membuang gambar berkenaan.



16) Semua orang setiap masa menipu tentang segalanya

Kerajaan menafikan fakta kepada dunia, menipu semua orang. Media pula menyiarkan berita palsu. Setiap orang juga menipu antara mereka. Pemandu pelancong pula menipu kepada pelancong.

Seperti tidak ada perkara yang betul, Kerajaan menipu bahawa US akan menyerang Korea Utara. Berita pula menyiarkan Korea Selatan adalah sebuah negara yang di tindas oleh US. Pemimpin pula berkata hidup di Korea Utara adalah hidup yang paling berkualiti dan mempunyai kepuasan tahap tertinggi. Malah, askar yang ditemui seorang pelancong juga menipu jawatan beliau.





17) Tidak Ada Yang Berani Tidur Saat pemimpin Korea Utara Kim Jong Un Berpidato !!



Siapa yang melanggar, nyawanya selesai di ujung senapang !!
Tak hairanlah tiap kali Kim Jong Un berucap semua orang bersengkang bijik mata, mula buat - buat fokus, salin nota atau pura pura berminat dengan pidato Kim, hakikatnya tuhan saja yang tau ....




18) Melancong Ke Luar Negara Adalah Satu Jenayah
Melancong atau berhijrah ke luar negara adalah salah satu jenayah terbesar di Korea Utara. Jika kerajaan mendapati ada rakyatnya berhijrah ke negara China untuk mendapat perlindungan dan memulakan kehidupan baru, kerajaan menganggap sebagai pembelot pada negara. Dan jika ada rakyatnya yang ditangkap, kerajaan serta merta akan melaksanakan hukuman berat di khalayak ramai.

Sejak akhir perang korea pada tahun 1953, sekitar 100 ribu sampai 300 ribu warga Korea Utara telah meninggalkan negara nya untuk beberapa alasan seperti politik, ideologi, agama, ekonomi, atau alasan pribadi lainnya.

Banyak dari mereka yang mengungsi pindah ke China, china memang menjadi negara target bagi warga Korea Utara yang ingin keluar dari negara nya.

Tahun 2010, korea utara memberlakukan sebuah aturan baru, yaitu bagi warganya yang meninggalkan negaranya tanpa izin akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan akan dihukum mati.

Uniknya, terdapat agen yang akan membantu warga korea utara untuk pindah ke negeri China, biasanya agen ini adalah warga negara china yang masih memiliki keturunan etnik korea.

Biaya yang diminta oleh agen ini pada tahun 2016 adalah berkisar $12.000 dollar, tapi mereka tidak menjamin keselamatan pelanggannya, karena china sendiri menganggap illegal imigran yang berasal dari korea utara, jika ketahuan maka akan di hantar kembali ke korea utara dan dipastikan orang tersebut akan mendapatkan hukuman mati.





19) Panggilan Antarabangsa Adalah Di Haramkan
Sebarang komunikasi atau panggilan antarabangsa yang dibuat dalam negara Korea Utara akan dikenakan hukuman mati. Pada tahun 2013, seorang lelaki yang menetap di Korea Utara telah dikenakan hukuman mati oleh skuad penembak gara-gara menelefon rakannya yang berada di Korea Selatan. Kalau di Malaysia bukan sahaja panggilan antarabangsa, Panggilan 'HANGIT' Radio Era pun dibenarkan !!





20) Moranbong - Satu-Satunya Girl Band Dari Korea Utara
Girl band ini dianggotai oleh 21 gadis-gadis cantik dan sexy yang boleh dianggap sebagai Spice Girl Korea Utara.



Girl Band ini dibentuk oleh Kim Jong-un pada tahun 2012 bagi menandingi girl band - girl band dari Korea Selatan





21) The Kippumjo - Group Sex (Pleasure Squad)
The Kippumjo atau yang secara kasar diterjemahkan sebagai squad hiburan (Pleasure Squad), merupakan sebuah kelompok yang terdiri dari 2 ribu wanita yang akan memberikan hiburan dan layanan sexual untuk para elit Korea Utara.



The Kippumjo didirikan pada tahun 1978 selama pemerintahan Kim II-Sung, kemudian kelompok tersebut tetap dijalankan oleh Kim Jong-II sampai dikematian nya tahun 2011.

Kim Jong Un kabarnya memberhentikan kelompok tersebut di tahun 2011, tapi pada tahun 2015, Korea Utara mulai merekrut kembali wanita yang Cantik dan Tinggi untuk dimasukkan kedalam The Kippumjo, kemudian setiap dari mereka akan dilakukan pemeriksaan untuk memastikan bahwa keperawanan mereka masih utuh.



Mi Hyang, seorang mantan dari anggota The Kippumjo, memberikan kesaksiannya bahwa pada saat ia masih berusia 15 tahun, dia diambil oleh tentara dan ditanyai apakah dia pernah berhubungan sex atau belum, Mi Hyang kemudian menghabiskan satu dekade hidupnya untuk melayani Kim Jong-II.>





22) Wanita Wajib Bekerja Untuk Cari Nafkah Bagi Menyara Keluarga,
Manakala Orang Lelaki Pula Dipaksa Bekerja Tanpa Gaji Dengan Kerajaan





23) Di Korea Utara Hanya Ada Satu Channel Televisyen
Siaran tv ini harus hidup non stop tidak boleh dimatikan, kecuali di kecilkan suaranya tapi tidak sampai benar-benar tidak ada suara, begitu juga dengan radio. Semua program tv hanya menyiarkan rancangan tentang Pemimpin tertinggi dan propaganda-propaganda malah rancangan kartun untuk kanak- kanak yang di ulang siaran ribuan kali juga diselit propaganda tentang kebijaksanaan pemimpin tertinggi.



Jika ditangkap menonton siaran dari negara lain hukumannya adalah tembak sampai mati !!
tembak di kepala, terus berkecai !!





24) Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un adalah Pemimpin Dunia Termuda & Paling Kejam pernah di lahirkan
Hobinya membunuh, pantang silap sikit, jika tersentuh jer jiwanya pasti tersungkur manusia malang yang menjadi mangsa kekejaman nya itu



Sejak awal kepemimpinannya di tahun 2011, kim jong un telah menghukum bunuh 70 penjawat awam, termasuk bapa saudaranya. Bapa saudaranya yang merupakan mentor kim jong un merangkap tulang belakang terkuat rejim komunis korea utara telah di hukum tembak sampai mati manakala mayatnya di buang menjadi makanan anjing-anjing yang kelaparan



Kim jong un juga telah menghukum bunuh O san Hon (keponakan dari istri pakciknya) iaitu salah seorang menteri keamanan dalam kementerian korea utara dengan cara dibakar hidup-hidup.



Kemudian kim jong un juga pernah menghukum mati penjawat awam yang bernama di Kim Chol kementeriannya karena tertidur saat dia sedang berucap, mangsa yang merupakan penjawat elit merangkap menteri pertahanan telah di tembak dengan menggunakan senjata anti-aircraft gun, yaitu sebuah senjata untuk menembak jatuh pesawat militer.



Beliau juga dikatakan telah menembak mati bekas kekasihnya Hyon Song-wol bersama 11 yang lain kerana sikap cemburu isterinya Ri Sol-ju. Mereka semua di tembak mati di depan mata ahli keluarga mereka



Begitu juga dengan makciknya, iaitu isteri pakciknya, yang dihukum minum racun sampai mati !!





25) Korea Utara Mengamalkan HUkuman 3 Generasi
Jika seseorang di dapati melakukan kesalahan / jenayah berat, seluruh keluarganya turut akan dihukum juga bermula dari pesalah, anak pesalah & bapa pesalah, kesemuanya akan di sumbat bersama dengan seluruh keluarga mereka ke dalam internal Camp di Kaechon (Penjara yang di kelilingi pagar letrik) .



Berikutnya, generasi yang akan lahir juga harus menghabiskan seluruh hidup mereka dalam perbudakan dan mati di sana.





26) Hukuman Bunuh Di Tempat Awam
Menurut informasi, ada sekitar 1400 warga di Korea Utara yang telah di hukum mati di tempat awam dari mulai tahun 2000 sampai 2013.



Hukuman Mati ini dilakukan untuk menghukum seseorang yang telah melakukan pelanggaran seperti menonton film Korea Selatan, melanggar peraturan, atau berusaha untuk menentang kerajaan.



Warga Korea Utara dipaksa untuk datang ke tempat dimana hukuman mati tersebut berlangsung, dan mereka akan menonton para pesalah ditembak sampai mati oleh penembak





27) Tiada Pegangan Agama
Majoriti rakyat Korea Utara adalah Atheist dalam erti kata lain, tidak menganuti sebarang agama.
Rasanya inilah penyebab utama mengapa hidup rakyat korea utara menderita,
hidup dalam ketakutan, tak berani bertindak walau pun di tindas & di zalimi

Sesungguhnya agama itu amat penting bagi manusia, tak kiralah apa jenis agama pun, tanpa agama manusia akan kehilangan matlamat hidup, sentiasa rasa kekosongan, sentiasa rasa lemah ....
Jika ada pegangan agama manusia akan jadi kuat untuk menentang musibah yang melanda hidup mereka ....

Dengan pegangan agama barulah manusia berjaya boleh hidup di dunia ini ...
Dengan pegangan agama jugalah manusia boleh bahagia & merasai kemanisan hidup di dunia imi




Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ